.

Pages

February 21, 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh Alhamdulillahi Robbil 'Alamin, Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin , Wa'ala alihi washohbihi ajma'in. Robbisrohli shodri , Wayassirli amri , Wahlul uqdatan millisaani, Yafqohu qouli . "Wahai Tuhanku, lapangkanlah Dadaku , Mudahkanlah Untukku Urusanku, dan Lepaskanlah Kekakuan Lidahku. Supaya Mereka Mengerti Perkataanku

Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan

بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku





DOA MURAH REZEKI ~wajar diamalkan setiap waktu…

Ya Allah,sekiranya rezeki kami berada di langit,maka turunkanlah ia;
jika ia ada dibumi,keluarkanlah ia,dan jika ia ada didalam lautan,munculkanlah.
Sekiranya rezeki kam ada di tempat yang jauh,dekatkanlah ia, jika ia sedikit, banyakkanlah ia;dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan,
kepemurahan dan kebaikanMu,dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih.
Aminnn...






Sabar


sABaR iTu kUnCi KEjayAaN
Sabar itu separuh daripada iman
syukur dan sabar adalah kunci kehidupan
sikap sabar dan tawakal adalah kunci keberhasilan
pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batas
Sabar Kunci Sukses

Apa sahaja amalan di lakukan dengan Ikhlas dan disertai kesabaran, Insya ALLAH akan beroleh kemakrifah kepada ALLAH Taala.
"Sesungguhnya ALLAH Taala bersama-sama dengan orang yg sabar


Tujuh kalimat Mudah Disebut... Besar ganjaran pahalanya...


" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa


Diantara Amalan Harian Seorang Muslim

  1. Mendirikan solat Fardu 5 kali sehari
  2. Membaca dan mengkaji Al-Quran
  3. Mendirikan solat-solat Sunat seperti Tahajjud, Taubat, Hajat, sebelum dan selepas solat fardu, Dhuha dan Witir
  4. Mengingati Allah seperti membaca zikir al-mathurat, istigfar, tahmid dan tahlil
  5. Mengingati mati
  6. Mencari rezeki yang halal
  7. Mendidik anak-anak
  8. Menguruskan rumah-tangga
  9. Menuntut ilmu
  10. Melaksanakan akhlak mulia
  11. Menjauhi sifat-sifat yang dikeji
  12. Melaksanakan da'wah
  13. Mengikuti sunnah Nabi dalam melakukan suatu perkara
  14. Membaca doa dalam setiap perbuatan yang harus


Hormati Azan , Bacaan ketika dan selepas azan

RENUNG KAN LAH WAHAI KAWAN-KAWAN KU SEKALIAN....

Lidah kelu di Saat kematian. Kematian pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati...
mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yg menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!!
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan,... dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya ... Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...... amin..amin.. aminYarobbal a'lamin.."
(
kata2 diatas ini dipetik dari web kawan2 yg lain... )

KELEBIHAN AZAN

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana telah menjadikan negara kita sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja. Sebagai sebuah negara Islam, pembinaan masjid amat dititikberatkan kerana masjid berperanan untuk menyatupadukan umat Islam. Dalam kita memperkatakan tentang masjid, seruan azan adalah merupakan salah satu syiar dan sebagai cara untuk menyeru orang ramai menunaikan sembahyang.

Adapun azan menurut syarak bererti zikir yang ditentukan untuk pemberitahuan Sembahyang Fardu Lima Waktu dan mula disyariatkan pada Tahun Pertama Hijrah di Madinah. Perkara ini telah diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin Umar katanya yang bermaksud :

"Semasa orang-orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu sembahyang dan tidak ada seorang pun yang menyerukan untuk sembahyang. Pada suatu hari mereka pun membincangkan hal itu. Berkata sebahagian mereka : Ambillah 'nakus' (loceng) seperti nakus orang-orang Nasrani (Kristian). Berkata sebahagian yang lain pula : Ambillah 'buuq' (terompit) seperti terompit orang-orang Yahudi. Lalu berkata Umar : Tidakkah kamu melantik seorang lelaki untuk menyerukan sembahyang? Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Wahai bilal, berdirilah dan serulah untuk sembahyang".

Maka buat kali pertamanya azan pun dilaungkan dengan kalimah-kalimah yang suci dan ini membuktikan betapa seruan azan itu merupakan simbol syiar Islam yang unggul lagi tersendiri dan bukannya ditiru dari mana-mana adat atau budaya asing.

Sesungguhnya seruan azan itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihannya. Imam Nawawi Rahimahullah pernah berkata bahawa azan itu mempunyai empat hikmah iaitu :

Pertama : Untuk menzahirkan tanda Islam dan Kalimah Tauhid.

Kedua : Untuk memberitahu tanda masuk waktu sembahyang.

Ketiga : Untuk memberitahu tempat sembahyang.

Keempat : Untuk memanggil berjemaah.

Selain daripada itu, laungan azan mempunyai banyak kelebihan-kelebihan antaranya ialah laungan azan itu dapat mengusir syaitan sebagaimana disebutkan dalam hadis maksudnya :

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu barulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata : Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Dalam pada itu, azan juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang sedang dalam kerasukan dan menghindarkan mereka daripada kejahatan jin, begitu juga sunat mengazankan orang yang buruk sifatnya sama ada daripada manusia atau binatang dan orang yang resah gelisah kerana azan itu boleh menghilangkan keresahan itu. Sunat melaungkan azan ketika menghadapi kebakaran atau untuk orang yang hendak musafir atau untuk anak damit yang baru lahir supaya anak damit itu tidak akan diganggu oleh Ummu Syibbyan iaitu daripada kalangan jin.

Perlu diketahui juga bahawa waktu atau masa di antara azan dan iqamah merupakan di antara saat-saat mustajab di mana doa diperkenankan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh kerana itu kita disunatkan untuk berdoa pada ketika itu seperti memohon selamat daripada musibah dan penyakit. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Annas bin Malik katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Doa tidak ditolak antara azan dan iqamah. Mereka berkata : Apakah yang kami katakan wahai Rasulullah? Baginda bersabda : Kamu memohon kepada Allah afiat (keselamatan) di dunia dan di akhirat". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi).

Islam telah mengajar kita cara-cara untuk menghormati azan, antaranya ialah jika kita mendengar seruan azan atau iqamah sedang dilaungkan, maka sunat kita berhenti sekejap untuk menjawab seruan azan, bukan dengan mengambil sikap sambil lewa dan tidak acuh seperti tidak memperdulikan seruan azan yang dilaungkan, seolah-olah tidak mendengarnya apatah lagi untuk menyahut seruan azan tersebut.


Disunatkan juga muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya dengan tujuan untuk meninggikan suara. muazzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”.
Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.

seperti dibawah ayatnya ,
Sesiapa yang mendengar azan hendaklah mengulangi kalimah yang diucapkan muazin kecuali ketika:



dan


Ketika itu sebutlah:



"Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah".

Dan pada azan Subuh apabila dikatakan,

الصلاه خير من النوم

maka katakanlah

صدقت وبررت

Doa selepas Azan

Setelah selesai azan, Doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain yang mendengar azan:

Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan.

(Allahumma rabba hadhi-hid da'wa-tit-tamma wa-salatil qae-ma)

اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة القائمة

Berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan

(Ati muhammadanil wasilata wal fadeela)

آت محمداً الوسيلة و الفضيلة

Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya

(Wab ath-hu maqamam-mahmuda-nil ladhi wa at-ta)

وابعثه مقاماً محموداً الذي وعدته

Azan itu hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan Iqamat.

Agama Islam sendiri telah mengajar bahawa jika seseorang itu mendengar azan atau iqamah, walaupun ketika itu dia sedang membaca Al-Qur'an, berzikir, menuntut ilmu atau berdoa, maka sunat bagi orang itu berhenti sekejap untuk menjawab azan atau iqamah. Sunat juga menjawab azan dan iqamah walaupun dalam keadaan berhadas, junub, haid atau nifas kerana ianya adalah zikir, melainkan ketika dalam sembahyang fardu atau sunat, bersetubuh dan qada' hajat (buang air kecil atau besar) namun sunat dijawab kemudian jika tidak lama jaraknya. Ini jelas kepada kita sedangkan ketika beramal ibadat juga kita disunatkan menjawab azan, maka apatah lagi ketika berbuat perkara-perkara yang lain seperti sedang berbual-bual, menonton televisyen, bersukan dan sebagainya, bukankah lebih utama baginya untuk berhenti seketika bagi mendengar dan menjawab azan yang sedang dilaungkan?.

Dalam perkara ini juga terdapat suatu keadaan yang tidak menyenangkan berlaku di mana terdapat sebilangan orang yang seolah-olah tidak mendengar seruan azan apabila ia dikumandangkan, baik ketika berada di dalam masjid atau berdekatan masjid atau di mana saja ia berada. Begitu juga keadaan di pasar-pasar raya khususnya yang berdekatan dengan masjid, pada masa seruan azan dilaungkan, ketika itulah juga lagu-lagu nyanyian dan muzik dimainkan tanpa diberhentikan. Oleh yang demikian, sebagai sebuah negara Islam dan selaku umat Islam, kita hendaklah menghormati azan sebagaimana yang telah diajarkan oleh agama kita.

Akhirnya, ingatlah wahai saudara-saudara sekalian bahawa kita sepatutnya tidak mengabaikan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan dengan mengamalkan apa yang diajarkan itu, kita akan menjadi Muslim yang benar-benar beriman dan seterusnya mendapat kejayaan dalam kehidupan serta rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Juma'ah ayat 9 tafsirnya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segerakanlah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dengan mengerjakan Sembahyang Jumaat dan tinggalkanlah berjual beli pada saat itu. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya".

Monday, August 4, 2008

Kehidupan Roh

Kehidupan Roh Manusia di Alam Kubur

1. Orang Mukmin

Setelah roh suci orang mukmin lepas dari jasadnya, dan dijemput oleh Malaikat Rohmat, kemudian dijemput oleh Malaikat Kubur, yaitu Munkar dan Nakir dengan sapa atau sambutan yang sangat hormat kepada roh orang suci tersebut. Dengan keputusan oleh Malaikat Kubur, roh suci orang mukmin diperlihatkan keindahan / panorama kenikmatan alam kubur yang bertingkat-tingkat.

2. Orang Mukmin Biasa

Roh sucinya diberi kebebasan oleh Malaikat Kubur selama lebih kurang 1 tahun untuk melihat keluarganya di dunia yang ditinggalkannya. Setelah itu roh suci orang mukmin tersebut diperkenankan memasuki istana kenikmatan alam kubur sambil menunggu hari Kiamat.

3. Orang Mukmin Menengah

Maka roh sucinya para Wali, diberi kebebasan seluas-luasnya di alam kubur. Beliau, roh sucinya bisa mondar-mandir dari alam nikmat kubur ke alam dunia untuk melihat keluarganya dan orang-orang yang mencintainya.

4. Orang Mukmin Tingkat Atas (Roh sucinya para Nabi dan Rasul serta Khalifah Rasulullah/penerus agama Rasulullah)

Maka roh sucinya para Nabi dan Rasul serta Khalifah Rasul juga diberi kebebasan yang sangat luas di alam kubur. Beliau juga diperkenankan keluar masuk diantara alam nikmat kubur dan alam dunia atau sebaliknya. Roh suci Beliau bisa memberi syafaat atau pertolongan kepada ummatnya sampai hari kiamat. Dan roh suci Beliau ditempatkan di alam nikmat kubur pada golongan tingkat kenikmatan yang paling atas. Setingkat kenikmatan kuburnya Nabi Muhammad Saw dan semua para Nabi dan Rasul. Kemudian memakai lambang kerajaan yang penuh dengan keagungan serta kemuliaan Allah Swt sampai dengan hari Kiamat.

5. Non Mukmin

Roh orang non mukmin begitu lepas dari jasadnya, dijemput oleh Malaikat Maut atau Malaikat yang bertugas memberikan siksaan kepada roh orang non mukmin tersebut. Dalam menjemput roh orang non mukmin tersebut, tampangnya sangat mengerikan dan perlakuannya sangat sadis. Kemudian diantarkannya roh tersebut/ diserah-terimakan kepada Malaikat Kubur (Munkar dan Nakir) untuk diberikan berbagai macam pertanyaan yang tidak akan bisa dijawabnya. Kemudian Malaikat Kubur dengan malih-rupa / berubah menjadi sangat menakutkan penuh dengan kekejaman menyiksa roh orang non mukmin tersebut dengan bertingkat-tingkat dalam penyiksaannya.

Dengan demikian maka tulisan tersebut akan menjadi patokan bagi orang Islam yang mau bertobat atau sujud kepada Allah dan Rasulullah. Jangan mengabaikan perintah Allah dan Rasulullah, kalau anda tidak mau disiksa oleh Malaikat Maut / Malaikat Zabaniah yang sangat kejam dan sadis.

Saturday, May 24, 2008

Allah Subhana Wa Taala berfirman ( sedikit himpunan )

Allah Subhana Wa Taala berfirman : " Berbekallah , dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepadaKu hai orang-orang yang beriman " . Al-Bakarah 197

Allah SubhanAllah Wa Taala berfirman: “Ya ayyuhalladziina aamanut-taqullaha haqqa tuqaatihi walaa tamuutunna illa wa antum muslimuun”; “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah dengan sebenar-benarnya takwa, dan janganlah sekali-kali kamu mati (meninggal dunia) sedangkan kamu tidak dalam keadaan Islam” (QS.Ali Imran:102).

Allah Subhana Wa Taala berfirman : " Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah , maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati " . ( Al-Hajj : 32 )

llah Subhana Wa Taala berfirman :" Sesungguhnya orang-orang yang telah kufur kepada ayat-ayat Kami akan Kami bakar mereka di api ( neraka ) tiap-tiap kali masak kulit mereka Kami gantikan buat mereka kulit yang lainnya , supaya mereka , merasakan azab kerana sesungguhnya Allah itu gagah , bijaksana " . ( An-Nisa : 56)

Allah Subhana Wa Taala berfirman :" Hai, orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu". (Al Baqarah:208)

Allah Subhana Wa Taala berfirman :" Hai orang-orang yang beriman , taatilah Allah dan taatilah RasulNya / Muhammad Salawatu Alai Wasalam " ( An-Nisaa , 59 )

Menahan pandangan dari kedua pihak (melihat aurat dan memandang dengan syahwat).
Firman Allah Taala: “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakan kepada wanita beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 30- 31)

Allah SubhanAllah Wa Taala berfirman : " Dan janganlah wanita menampakkan perhiasannya , kecuali kepada suami mereka , atau ayah mereka , atau putera-putera mereka , atau putera-putera suami mereka , atau saudara-saudara mereka , atau putera-putera saudara lelaki mereka , atau wanita-wanita Islam , atau budak-budak yang mereka miliki , atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita ) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat ... " ( An-Nuur 31 )

Allah berfirman: "Tentang sesuatu apapun kamu berselisih maka putusannya (terserah) kepada Allah. (Yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku kembali)" (Asy-Syura: 10)

Allah SubhanAllah Wa Taala Berfirman : "Maka sesuatu apa pun yang diberikan kepadamu itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Rabbnya mereka, mereka bertawakal. Dan (bagi) orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf. Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Rabb-nya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zhalim, mereka membela diri. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zhalim." (Asy Syura: 36-40)

Allah berfirman : " Hai orang-orang yg beriman , jagalah dirimu sendiri dan juga diri keluargamu daripada siksa api neraka , yg bahan bakarnya itu adalah manusia² serta batu , dijaga oleh malaikat² yg tegas tindakannya serta keras perilakunya . Mereka itu tidak pernah membantah apa² yg di perintah oleh Allah utk melaksanakan perintah-Nya serta mengikuti saja apa² yg diperintahkan itu " .(At-Tahrim, 6 )

Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah Salawatu Alai Wasalam bersabda:”Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak.”

Firman Allah: Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dijalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (At Taubah:20)

Termasuk kesempurnaan ialah memberi kelapangan dan tidak memaksa , apabila sesaorang itu selalu bermesyuarat dengan saudara²nya mengenai apa saja yg hendak dilaksanakan dan mereka itu menerimanya dengan baik . Allah Taala berfirman :" Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ( peperangan dan soal-soal keduniaan ) itu ." ( Ali-Imraan ,159 )

Nabi s.a.w. bersabda; "Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dari yang haram dan mentaati suaminya maka dipersilakan dia masuk ke dalam Syurga dari pintu mana sahaja yang disukainya." - Riwayat Ahmad

Firman Allah:
"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkan kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya." (Yunus: 107)


Firman Allah:
"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberi buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingot." (Ibrahim: 24-25)

Allah Taala berfirman : " Dan hendaklah kamu bertolong tolongan untuk membuat kebajikkan dan bertaqwa , dan janganlah kamu bertolong tolongan pada melakukan dosa ( maksiat ) dan pencerobohan " ( Al-Maa'idah : 2 )

Allah Taala berfirman lagi : " Wahai orang-orang beriman ! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan , lagi menjadi saksi ( yang menerangkan kebenaran ) kerana Allah , sekalipun terhadap dirimu sendiri , atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu ... " ( An-Nisaa : 135 )

Firman Allah bermaksud: "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (QS. Ibrahim: 7)


Allah Taala berfirman :" Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadamu , dan bersyukurlah kamu kepadaKu , dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku." ( Al-Bakarah , 152 .)

Firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berpaling daripadaNya, sedang kamu mendengar (perintah-perintahNya). (Al Anfal:20)

Firman Allah : “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai lanjut umur dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dan penuh kesayangan dan ucapkanlah :Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Surah Al-Israa’ ayat 23-24)

Allah Taala berfirman :" Dan orang-orang yang beriman , lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain , mereka menyuruh berbuat kebaikan , dan melarang daripada berbuat kejahatan , dan mereka mendirikan solat . :" ( At-Taubah : 71 )


Firman Allah: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (Huud:113)

Allah Taala berfirman : " Di antara orang² mu'min itu ada orang² yang menepati apa yg telah mereka janjikan kepada Allah , maka diantara mereka ada yg gugur . Dan diantara mereka ada (pula) yg menungu-nungu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya). " (Al-Ahzab : 23 )

Mengenal Allah Dan MengEsakan-Nya
Firman Allah Taala, ertinya : "Demi Sesungguhnya Tuhan Kamu Hanya Satu!"(Surah Al-saaffaat ayat 4 )

"... dan tidak ada yang bersifat ketuhanan melainkan Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaan-Nya segala-galanya." (Surah Sad ayat 65)

"Maka hendaklah engkau berusaha mendapat ilmu yang menyakinkanmu: Bahawa tidak ada bersifat ketuhanan menlainkan Allah."(Surah Muhammad Ayat 19)

"... (kerana) sesungguhnya sangkaan (zan) tak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (I'tiqad...." (Surah Yunus Ayat 36)
(zan-bukti anggapan Yang Kuat)

Firman Allah SubhanAllah Wa Taala maksudnya :
"Dan demi sesungguhnya, kami telah tulis didalam kitab-kitab yang kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh mahfuz : bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang Saleh . * sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang cita-citanya mengerjakan ibadah (kepada Allah dengan berilmu) ". (Surah Al-Anbiyaa : 105-106)

Kisah Maryam dan Kelahiran Nabi Isa


MARYAM berkata: “Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang penzina? Jibril berkata: Demikian Tuhanmu berfirman “Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat bagi Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan. (Maryam: 20-21)

MARYAM merupakan ibu kepada Nabi Isa. Semasa kecil, Maryam dihantar ke sebuah tempat ibadah oleh bapa saudaranya, Nabi Zakaria.

Pada suatu hari, ketika Maryam sedang beribadat kepada Allah, datanglah Malaikat Jibril dalam bentuk pemuda yang tampan agar Maryam tidak ketakutan.

“Aku datang sebagai utusan Allah. Dia akan memberimu seorang anak lelaki yang suci dan kudus,” kata Malaikat Jibril.

Maryam terkejut mendengar kata-kata itu. “Bagaimana aku boleh memperoleh anak lelaki sedangkan aku masih belum berkahwin? Aku masih belum pernah disentuh oleh mana-mana lelaki,” balas Maryam.


“Apabila Allah SubhanAllah Wa Taala. menghendaki sesuatu perkara itu terjadi, maka akan jadilah ia. Dia Maha Berkuasa di atas segala-galanya,” jawab Malaikat Jibril.

Malaikat Jibril pun terus berlalu meninggalkan Maryam kebingungan. Masyarakat pasti akan menghina dan mencercanya. Beliau masih belum berkahwin. Sekiranya mengandung, pasti orang akan menuduhnya melakukan zina.

Oleh sebab itu, Maryam terpaksa melarikan diri dari Baitulmaqdis. Beliau pulang ke kampung halamannya di Annashirah. Di kampung, Maryam memencilkan diri daripada orang kampung. Beliau enggan menemui sesiapa pun termasuklah keluarganya sendiri. Beliau berpura-pura tidak sihat.


Sepanjang masa Maryam mengabdikan dirinya dan beribadat kepada Allah. Beliau bermohon agar dikuatkan semangatnya untuk menghadapi cemuhan daripada masyarakat kelak. Maryam memperoleh ketenangan yang didambakan dengan keizinan Allah.

Allah memperkenankan doa hamba-Nya yang soleh. Maryam melalui hari-harinya dengan ketabahan sehinggalah beliau selamat melahirkan bayi yang dikandungkannya itu. Beliau memberi nama anaknya Isa yang bakal menjadi nabi bagi kaum Bani Israel serta membawa kitab Injil.

DAN (ingatlah wahai Maryam) yang telah menjaga kehormatannya lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuhnya) roh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan) yang besar bagi alam semesta. (al-Anbiyaa’: 91)

MARYAM seorang perempuan yang suci. Beliau menghabiskan masanya dengan beribadat kepada Allah. Pada suatu hari, beliau didatangi malaikat Jibrail. Malaikat tersebut memberitahu Maryam bahawa beliau bakal mengandungkan seorang anak yang kemudiannya akan menjadi rasul.


Apabila tiba masa untuk melahirkan anak, Maryam pun keluar dari rumahnya dengan senyap-senyap. Beliau telah pergi ke tempat yang terpencil dan tiada orang. Akhirnya, Maryam terpaksa berhenti di bawah sebatang pokok kurma. Beliau sudah tidak dapat menahan kesakitan lagi. Tidak lama kemudian, Maryam pun melahirkan bayinya dan bayi itu diberi nama Isa.

Maryam menatap wajah anaknya dengan linangan air mata. Beliau berkata: “Alangkah baiknya kalau aku ditakdirkan mati sebelum melahirkan anak tanpa sebarang suami.”

Maryam berasa amat lapar dan dahaga. Beliau tidak menemui apa-apa yang boleh dimakan atau diminum. Keadaan padang pasir itu kontang dan tandus. Tiba-tiba Maryam terdengar satu suara.

“Wahai Maryam, janganlah engkau bersedih. Minumlah air yang mengalir dari bawah tapak kakimu. Goyangkan pokok kurma di belakangmu dan makanlah buahnya.


“Kemudian pulanglah engkau ke kampung. Jika engkau menemui sesiapa, katakan kepada mereka engkau bernazar puasa dan tidak akan bercakap dengan sesiapapun.”

Maryam pun makan dan minum sehingga beliau benar-benar sihat. Tibalah masa untuk beliau pulang ke kampung halamannya. Maryam mundar-mandir di tempatnya berdiri. Beliau risaukan keselamatannya. Beliau tahu kaumnya nanti akan menghinanya kerana melahirkan anak tanpa suami.

Maryam kemudiannya berdoa kepada Allah agar ditabahkan hatinya apabila menghadapi hinaan daripada kaumnya. Beliau juga meminta agar dirinya dan anaknya dipelihara.

Setelah itu, Maryam mengendong bayinya pulang. Seperti yang diduga, ramai yang terkejut apabila melihat perempuan yang belum berkahwin itu mempunyai anak. Kaum keluarga Maryam bergegas datang. Semua yang ada mengerumuni Maryam dan anaknya, Isa.


“Wahai Maryam! Engkau telah mencemarkan nama baik keluargamu. Keluargamu adalah daripada golongan orang yang beriman. Kamu telah membuatkan kami malu dan terhina,” kata keluarga Maryam.

Maryam memberitahu dengan isyarat bahawa beliau sedang bernazar puasa dan tidak akan bercakap dengan sesiapa pun. Beliau menuding ke arah Isa yang sedang berada di dalam buaian.

Tiba-tiba Isa berkata: “Aku adalah hamba Allah. Dia memberiku kitab Injil dan menjadikan aku seorang nabi. Aku sentiasa diberkati. Aku diperintahkan mendirikan solat dan menunaikan zakat selagi aku masih hidup. Aku akan berbakti kepada ibuku dan tidaklah aku dijadikan sebagai orang yang sombong. Moga aku sejahtera pada hari aku dilahirkan, ketika meninggal dunia dan ketika dibangkitkan semula.”


Maka tersebarlah cerita mengenai Isa yang masih bayi tetapi sudah boleh bercakap. Isa telah membersihkan fitnah yang dilontarkan kepada ibunya. Maryam adalah perempuan yang suci. Beliau telah melahirkan seorang anak yang akan menjadi nabi dan rasul.

Kaum keluarga Maryam tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap Maryam. Mereka kembali menghormati Maryam dan anaknya yang bernama Isa.


PENGAJARAN


*Menabur fitnah adalah perkara yang dibenci oleh Allah. Fitnah mampu memecah-belahkan umat. Oleh itu, janganlah kita sesekali membuat fitnah.

*Apabila kita menghadapi kesusahan, ingatlah ia sekadar ujian daripada Allah. Jika kita sabar menghadapinya, maka kita akan beroleh pahala.

*Tidak ada perkara yang mustahil untuk berlaku. Jika Allah berkehendakkan perkara itu terjadi, maka dengan sekelip mata ia akan terjadi, kerana Allah itu Maha Berkuasa di atas segala-galanya


Hasil Dari sahabat KOl
( Khai )

Tunjangkanlah resahmu di dada SOLAT... himpunkan peritmu di genggaman DOA... tutupi kekecewaanmu dgn keTAQWAan... dan nilaikan kesucian hatimu dgn keIKHLASan...
Petikan Dari -Hadis Dan Tazkirah (Kedahonline.net)

No comments:

Post a Comment